Wednesday, December 8, 2010

Serabut akhir tahun

2 hari lepas Mak aku kol kate adek aku yg nombor 2, kena tahan wad sebab denggi.
masyaAllah serba tak kena aku dibuatnya..
Mak aku pun demam jgk..tapi tak duduk wad sebab kalau mak aku duk wad sape nak jage adek aku lagi 2 org kt rumah wei ??
harapnya cepat la sembuh mereka semua.
amin ya Allah ..
T.T



jaga kesihatan dan persekitaran anda. Ini makhluk manyak bahaya wooo..



Dalam tengah risau, aku juga pening memikirkan nak cari rumah2/bilik sewa berdekatan TTDI/Damansara sebab aku akan mula praktikal awal Januari nanti yg beralamat di,


No.29, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

sesape ade tau umah2/bilik2 sewa yg berdekatan, boleh la pm saya secepat mungkin ya..
segala bantuan anda amatlah dihargai..
T.T

Monday, December 6, 2010

Happy New Year 1432Hijrah...


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.


Selamat Tahun Baru semua ! :)


Sunday, December 5, 2010

Bangkitlah Harimau !


NorShahrul Idlan Talaha a.k.a Matyo (9) dribble dah mcm Messi aku tgk..suka tgk dia masuk celah tepi..terbaeklah ! buat lagi !


Aku tak cepat melatah bila skuad bolasepak negara kena belasah dgn tuan rumah, Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki sebab aku memahami situasi mereka..
malas nak cakap banyak,

game dgn siam (Thailand) pulak aku anggap diorang dah improve sikit..better than before..
tapi seperti biasa, lambat panas..
2nd half baru nak gegar keeper siam tu..

Khyrill Muhymeen(senior sekolah aku dlu) masuk minit berapa ntah masa 1st half, nampak gerak sikit wing ..
sepatutnya dia masuk awal lagi..tapi unlucky bro, last minute jgk kau buat mistake yang tak patut..
T.T
basic tu bro..tahan bola..aduh..kempunan aku nak tgk Malaysia menang sebagai hadiah hari jadi aku time tu..

tapi tak pe, yang penting teruskan berjuang..
Selasa ini, bertemu Laos...
menang itu wajib.
Indonesia kena menang dgn Thailand, baru kita boleh layak to the next round..

tapi kalau diorg dah berpakat, so..sayonara la bebeh..see u next time.
harapnya tidak berlaku la..

so i think that's all. dah suboh ni... moh ler kite...

Bertambah meroyan...

terima kasih kepada sesiapa saja yang membantu aku kembali hidup dalam dunia blog neh.
aduh.
rasanya oke dah kot. (amende yg oke ?)
dah nama blog pon meroyan..
so aku pon meroyan la..

perkembangan yang baik for a comeback.. :)

Malaysia bimbang


“SAYA harap soal pakatan bahawa Indonesia akan memberikan kemenangan kepada Thailand tidak akan berlaku. Ia demi semangat kesukanan di rantau ini.”

Demikian kata pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Subahan Kamal menjelang aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010, malam esok.

Skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan membuat perhitungan dengan Laos di Stadium Jaka Baring, Palembang manakala tuan rumah, Indonesia bertemu Thailand di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Ketika ini, Indonesia sudah sah bergelar juara kumpulan dan mara ke separuh akhir setelah mengumpul enam mata diikuti Thailand dengan dua mata serta Malaysia dan Laos masing-masing satu mata.

Maka timbul keraguan bahawa Indonesia bakal membiarkan Thailand mengatasi mereka untuk mengumpul lima mata, sekali gus menafikan kemaraan Malaysia yang hanya mampu meraih empat mata jika menang ke atas Laos.

Justeru, Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap jurulatih Indonesia, Alfred Riedl, barisan pemainnya serta Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) terus bersikap profesional.

"Kita tahu penyokong Indonesia seboleh-bolehnya mahu melihat Malaysia tersingkir. Tapi Riedl seorang jurulatih yang profesional dan pastinya PSSI juga tidak mahu maruah pasukan mereka tercalar di laman sendiri.

"Indonesia juga perlu fikir, jika mereka bantu Thailand ke separuh akhir, mungkin mereka akan berdepan semula Thailand di final nanti," kata Subahan ketika dihubungi Kosmo! petang semalam.

Skuad kebangsaan yang mengharungi dua perlawanan (tewas 1-5 kepada Indonesia dan seri 0-0 dengan Thailand) di Jakarta selamat tiba di Palembang semalam.

Tambah Subahan: "Kita jangan fikir sangat soal Indonesia dan Thailand itu. Apa yang lebih penting, kita sendiri kena buat kerja kita iaitu bermain untuk menang ketika bertemu Laos.

"Saya yakin para pemain pasti lebih bersemangat setelah aksi bertemu Thailand. Cuma barisan tengah dan serangan perlu dipertajamkan kerana kita mahukan jaringan untuk menang.”

Enam pemain iaitu Safiq Rahim, Safee Sali, Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar, Amri Yahyah dan Razman Roslan pernah beraksi di Stadium Jaka Baring ketika Selangor bertemu Sriwijaya pada saingan Piala AFC 2010, Mac lalu. – Agensi



Semoga kemenangan dan tuah berpihak pada kita kali ini.

Aminn..


Farewell, MADS

Minggu ni menjadi minggu aku yang terakhir kat kolej aku yg digelar KKTM Rembau atau nama timang-timangan beliau MADS (MARA Art & Design School) sebelum aku start cuti, and then mula praktikal di sebuah kawasan yang aku belum pernah sampai .
dan pencarian tempat untuk menapak akan bermula...

barang-barang aku yang banyak dibilik.
macam mana aku nak keluarkan dari kolej ni ? T.T
somebody help me..



takkan aku nak naek beskal cmni kot balek ke Penang nanti..? T.T



Happy Belated 20th Birthday to me.


Perlahan-lahan aku cuba untuk merajinkan diri mengupdate blog nih..
haaiisshhh...

tak pe tak pe.. pelan2..



semalam hari jadi saya..
semalam juga Malaysia seri tanpa jaringan dgn Thailand dlm Piala Suzuki AFF di Indonesia..

selepas ini, 7 haribulan bertemu Laos..
menang is a must.

that's all for now..
sayonara !