Wednesday, July 29, 2009

Monday, July 27, 2009

Sunday, July 12, 2009

Digital Animation Design 2

Title - Cendol Moon Walk
Duration - 2-3 minutes
Theme/Genre - Comedy
Character - A robot (Living Thing) Cendol ice glass (object)
Style - 3D animation
Demographic - All people
Equipmnent/Software - PC, Autodesk 3ds Max, Sound Forge, Adobe Primiere, Adobe Photoshop CS4, Headphone, Speaker, Microphone, Pendrive
Project Team - INDIVIDUAL
Deadline - 13thJULY2009

Beginning

Sebuah robot telah terdampar di sebuah planet yang tidak berpenghuni dan misteri dalam keadaan yang letih sekali. Kemudian,dalam keadaan yang kepenatan (robot penat?) beliau ternampak segelas minuman berais tetapi agak jauh dari beliau. Lantas, robot tersebut mahu mendapatkan gelas minuman misteri tersebut.

Body

Lalu dengan penuh semangat,robot tersebut pun memulakan langkah untuk mendapatkan gelas minuman misteri yang tidak dia ketahui apa yang terkandung didalamnya.Ketika dalam perjalanan mahu mendapatkan gelas minuman tersebut, keluar wap larva yang amat panas sehingga boleh meleburkan besi daripada celahan lubang - lubang di planet tersebut. Robot itu tanpa berlengah lagi terus sahaja mengelak dari wap – wap yang muntah keluar itu. Selepas begitu ghairah sekali mengelak wap – wap panas itu,tanpa disedari didepannya ada pula gaung yang cerun.Nampaknya,robot ini ada satu lagi halangan yang perlu dilepasi.Lalu dia pun melompat dengan sekuat daya tenaga besinya yang hamper kurang.Malangnya,beliau hanya lompat hampir sedikit saja lagi untuk sampai dan tersangkut di gigi gaung tersebut.Beliau panjat pula gaung itu yang sedang bergegar.

Ending

Akhirnya, robot tersebut sampai dan berjaya mendapatkan gelas minuman tersebut yang mengandungi cendol buatan Malaysia.tanpa berfikir panjang dan merasakan dirinya adalah seorang manusia,robot itu terus minum cendol ais tersebut. Beberapa minit kemudian,beliau terkena kejutan elektrik seluruh badan dan rosak di tempat kejadian.(robot mana boleh minum cendol) ;)

End.